Recipe sama juga dari dapur Ratna aka Madiha...suka cuba recipe2 'authentic' dari dapur Ratna ni...kira terbaik dari ladanglah..yalah mana ada orang2 muda sekarang yang berminat buat jeruk2 ni semuakan, biasanya dia orang beli aje.....hehehe...Terimakasih ya Ratna..akak panjang2kan recipe ni disini pula..
Homemade Jeruk Mangga
Sources:-From Madiha@Mamawandiha
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)-(Ayu gunakan 7 biji mangga muda sederhana besar)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)-(Ayu gunakan segenggam....ha ambik aku...hehe)
1 3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar cuka-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
2 sudu besar air-(Ayu tambah)
Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah
menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe..
Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau
rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..
Jeruk ni kita ikut nota dari Madiha...2 malam kita peram kat luar..lepas tu baru simpan dalam peti ais...sedapp..rangup2 mangga, serta pedas2 cili dan manis2 air jus tu..memang sesuai buat snacking atau lepas makan nasi..hehehe
0 Comments